Memupuk Budaya Minat Bersukan

Post Pic

Dato’ Nicol David berjaya melakar sejarah baharu skuasy wanita dunia apabila merangkul gelaran Terbuka Dunia untuk kali keenam berturut-turut di Rotterdam, Belanda, yang sekali gus meleburkan rekod lima kali yang dipegang legenda Australia, Sarah Fitz Gerald, sejak tahun 2002.
Tentu adik berasa bangga melihat kejayaan yang dirangkul oleh beliau. Tidakkah adik teringin menempa kejayaan sebagaimana beliau?
Adik juga boleh berjaya sebagaimana beliau jika adik bergiat aktif seawal peringkat sekolah rendah. Hal ini bersesuaian dengan dasar Satu Murid Satu Sukan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengasah bakat adik dalam bidang sukan tanpa mengabaikan kepentingan akademik.
Untuk jangka masa panjang, dasar ini mampu membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan. Dasar ini dilihat dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid agar dapat membina masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.
Untuk itu, sama-sama kita ketahui pentingnya sukan untuk adik. Adik juga diajak berkenalan dengan kanak-kanak di Libya melalui ruangan “Jelajah Dunia”, mengenali masjid terbesar di dunia melalui ruangan “Ingin Tahu” dan membuat Gajah Manis dalam ruangan “Kraf Tangan”.
Semoga adik sentiasa dapat memanfaatkan maklumat yang terdapat dalam DP bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
-Kak Hazi
___
Rencana in dipetik daripada Dewan Pelajar Disember 2011.

Leave a Reply


Komen Pembaca

Contact Us

Address: Please edit the footer file to update this info

Telephone: +12-345-888888

E-mail: no@emailcom