Tenang Menghadapi Peperiksaan

Post Pic

Oleh: Kapten Ais

Dup! Dap! Dup! Dap! Tentu gementar perasaan adik apabila melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Jika adik terlalu risau akan cabaran ketika menjawab soalan peperiksaan, usahlah bimbang. Ada tiga langkah mudah dan ringkas untuk berasa tenang ketika menghadapi peperiksaan.

LANGKAH PERTAMA: SEBELUM KE SEKOLAH

Setiap langkah bermula dengan langkah pertama. Walaupun dianggap ringan, namun langkah pertama amat penting bagi memberikan kita ketenangan sebelum menjawab soalan peperiksaan. Cuba ikuti beberapa tip di bawah.

Tip 1

Bangun awal pagi

Kelebihan bangun awal ialah udara dan air jauh lebih bersih. Ambil kesempatan ini untuk mandi, ambil wuduk dan solat subuh. Ketenangan datang daripada- Nya, dan daripada-Nya kita memohon. Insya-Allah, rasa tenang itu akan berkekalan sepanjang hari.

Tip 2

Sarapan dengan menu yang lengkap

Senang sahaja, pilih menu yang berkhasiat, seperti roti, nasi, susu dan apa-apa sahaja makanan yang boleh menahan adik daripada kelaparan sementara menanti makan tengah hari.

Tip 3

Meminta restu daripada keluarga

Tiada yang lebih berkat daripada doa ibu bapa untuk anak-anaknya. Ambil kesempatan untuk meminta restu mereka agar adik dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Pelajar September 2012

Leave a Reply


Komen Pembaca

Contact Us

Address: Please edit the footer file to update this info

Telephone: +12-345-888888

E-mail: no@emailcom