Animasi

Post Pic

Oleh: Farhana Nazihah

Sejarah Animasi

Tahukah adik sejarah kemunculan animasi di dunia dan Malaysia? Animasi ditafsirkan sebagai menghidupkan atau memberikan pergerakan kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan mempunyai cerita. Sebagai contoh, gambar seorang bayi yang dianimasikan untuk menunjukkan cerita perkembangan tumbesaran bayi itu.

Animasi di Malaysia

Sejarah animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya yang kini dikenali sebagai Filem Negara Malaysia. Goh Men Huat merupakan individu pertama yang bergelar animator di Malaysia. Sementara itu, studio animasi pertama di Malaysia pula ialah Film Art yang ditubuhkan oleh Norhan Mat pada sekitar tahun 1982. Perkembangan animasi di Malaysia kini dilihat semakin meluas apabila semakin banyak institusi pendidikan yang berkaitan dengan bidang animasi ditubuhkan. Karya animasi juga semakin menguasai dunia penyiaran. Untuk pengetahuan adik, The One Academy merupakan institusi pertama di Malaysia yang menawarkan pengajian mengenai animasi, iaitu pada sekitar tahun 1997.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Pelajar Mac 2012.

Leave a Reply


Komen Pembaca

Contact Us

Address: Please edit the footer file to update this info

Telephone: +12-345-888888

E-mail: no@emailcom