Buku Penanda Berwajah Arnab

Post Pic

Selamat bertemu lagi adik. Wah, adik masih dalam suasana berhari raya nampaknya! Baiklah, sambil berhari raya, elok juga jika adik cuba membuat origami mudah yang akan DP perkenalkan, iaitu penanda buku berwajah arnab. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan yang diperlukan untuk membuat origami ini.

Kraf Tangan

Post Pic

Bunga Hiasan Oleh: Mohd. Gulam Jamaludin Selamat bertemu kembali, adik. Adik! Pernahkah adik menghadapi kebuntuan ketika menghias bungkusan hadiah untuk rakan adik? Sekarang jangan bimbang lagi kerana DP akan memudahkan kerja menghias yang akan adik lakukan. Mari kita belajar membuat bunga hiasan untuk menghias bungkusan hadiah adik itu. Caranya mudah sahaja, tetapi hasilnya sangat comel. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Pelajar Ogos 2012

Hati Dipadu

Post Pic

Oleh: Mohd. Gulam Jamaludin Selamat bertemu lagi, adik. Dalam ruangan “Kraf-T” pada kali ini, DP ingin menunjukkan cara membuat lipatan berbentuk hati yang mudah tetapi cantik. Lipatan yang dinamakan Hati Dipadu ini amat sesuai untuk diberikan kepada ayah bersempena dengan Hari Bapa yang jatuh pada bulan Jun setiap tahun. Adik boleh menjadikannya sebagai hiasan pada kad Hari Bapa nanti. Selain itu, lipatan ini sangat cantik untuk dijadikan bidai gantungan di dalam bilik. Adik juga ...

Bakul Mini

Post Pic

Oleh: Mohd. Gulam Jamaludin Selamat sejahtera, adik. DP berharap adik sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Untuk ruangan “Kraf Tangan” kali ini, DP mengajak adik membuat bakul kecil yang comel. Bakul bertangkai ini mudah dibawa. Saiz bakul ini juga boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kesukaan adik. Jika adik menggunakan kertas bersaiz besar, maka besarlah bakul adik. Bakul Mini ini amat cantik digunakan untuk mengisi gula-gula, bunga rampai dan telur untuk tetamu yang hadir ...

Kotak Berkaki Empat

Post Pic

Oleh: Mohd Gulam Jamaludin Salam sejahtera, adik. Kali ini DP menyediakan cara membuat Kotak Berkaki Empat. Kotak Berkaki Empat ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Selain mempunyai kaki, kotak ini juga boleh ditutup dengan penutup yang sedia ada pada kotak ini. ____ Rencana ini dipetik daripada Dewan Pelajar Februari 2012.

Merpati Damai

Post Pic

Oleh: Mohd Gulam Jamaludin Hai adik, selamat bertemu lagi! Pernahkah adik melihat burung merpati? Tahukah adik bahawa pada zaman dahulu, burung merpati digunakan sebagai “posmen” untuk menghantar surat atau berita kepada seseorang yang berjauhan daripada kita. Jadi, pada kali ini, DP akan menunjukkan cara yang mudah untuk membuat Burung Merpati Damai. Hasilnya sangat menarik dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuklah digantung pada pokok, sebagai hiasan langsir rumah atau dijadikan hiasan pada kotak hadiah. ___ ...

Kotak Poket Lima

Post Pic

Oleh: Oleh: Mohd. Gulam Jamaludin Salam sejahtera, adik. Selamat bertemu lagi. Kali ini, DP mengajak adik membuat lipatan yang dinamakan sebagai Kotak Poket Lima. Kotak Poket Lima ini mudah dibuat. Kotak ini sesuai dijadikan bekas untuk adik menyimpan gula-gula atau kekacang dalam upacara sambutan hari jadi. Kotak Poket Lima juga boleh dijadikan hiasan jika digantung pada dinding atau di tempat yang sesuai. Mari kita bersama-sama melakukan aktiviti yang menyeronokkan ini. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan ...

Sampul Cakera Padat Mudah

Post Pic

Oleh: Mohd. Gulam Jamaludin Salam bahagia, adik. Selamat tahun baharu. Untuk ruangan “Kraf Tangan” pada kali ini, DP akan menunjukkan cara membuat sampul cakera padat (CD/VCD/DVD/MP3) yang sangat mudah namun, berguna untuk menyimpan cakera padat adik yang tidak mempunyai bekas atau sampul. Tentu adik mempunyai banyak cakera padat yang tidak bersampul, bukan? Sudah tentu dengan membuat sampul cakera padat yang mudah ini, adik dapat menyelamatkan cakera padat adik daripada rosak. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan ...

Gajah Manis

Post Pic

Oleh: Mohd. Gulam Jamaludin Salam sejahtera, adik. DP mendoakan adik dalam keadaan sihat. bersempena dengan cuti sekolah yang panjang ini, eloklah adik mengisi masa lapang dengan membuat aktiviti yang berfaedah. Apa kata kalau adik ikut DP membuat Gajah manis untuk sudut Kraf Tangan kali ini? Ya, sungguh mudah untuk membuat Gajah manis ini. Hasilnya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, seperti hiasan pada pintu bilik, topeng untuk bermain, hiasan pada kad ucapan dan penanda buku. ...


Komen Pembaca

Contact Us

Address: Please edit the footer file to update this info

Telephone: +12-345-888888

E-mail: no@emailcom